Sejarah Pilihan Raya Di Malaysia
💮Pilihan Raya Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955.
💮Antara parti yang terlibat ialah:-
➡Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC.
➡Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon.
➡Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang.
➡Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam ilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.
Tujuan dan fungsi pilihanraya
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ( Election Commission of Malaysia)
- Ditubuhkan untuk memelihara , menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yg adil dan saksama
✅Ia bebas daripada kawalan politik
✅ Anggota SPR
➡ seorang pengerusi dan 2 orang ahli.
➡Anggota dilantik oleh YDA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
✅Syarat Kelayakan
➡Umur tak lebih 65
➡Tidak muflis
➡Tidak pegang jawatan bergaji yang lain
➡Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
✅ Ahli boleh letakkan jawatan pada bila-bila masa ( tulis surat kepada YDA)
✅Ahli SPR boleh dipecat oleh YDA melalui penubuhan tribunal
Kes khas pemecatan biasa
➡bankrap
➡bekerja yg mendapat gaji / menjadi ahli parlimen
✅Saraan
➡ kumpulan wang yang disatukan.
Tugas
☑Menjalankan pilihan raya – menentukan tarikh bagi DR dan DUN
☑Mendaftarkan pemilih baru
☑Menyemak daftar pemilih
☑Mendaftar dan memastikan calon yg bertanding memenuhi syarat yg ditetapkan
☑Melantik pegawai untuk menjalankan pilihanraya
☑Mengurus pengundian melalui pos
☑Menyampaikan keputusan pilihan raya kepada YDA/Raja
☑Mewartakan keputusan
☑Menerima rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihanraya
☑ Memastikan setiap calon yg bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan
☑ Mengkaji hak persempadanan kawasan pilihan raya sekali dalam 8-10 tahun.
Sistem Pilihan Raya
Tujuan pilihanraya – menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah / satu ciri penting dalam sistem demokrasi
✔Sistem yang digunakan berasakan: 'First-Past.The-Post-System'
✔Calon-calon yang memperoleh majority akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.
Pendaftaran Pemilih
💢 Perkara penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri.
💢 Seseorang itu layak untuk medaftar jika :
▶Seseorang warganegara Malaysia.
▶Berumur tidak < 21 tahun pada tarikh kelayakan.
▶Tidak hilang kelayakan.
▶Seseorang penduduk dimana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
Hilang Kelayakan Pemilih
❌ Pada tarikh kelayakan,ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.
❌ Sebelum tarikh kelayakan,telah didapati bersalah dan dihukum mati atau pejara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
❌ Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
❌ Telah memperoleh kerakyatan asing.
Semakan Daftar Pemilih
🌠 Dijalankan di sepanjang tahun.
🌠 Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali dan pendaftaran tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.
🌠 Nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
Kelayakan Calon
🌟Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negara ini.
🌟Berumur tidk kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
🌟Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon akan kehilangan kelayakan sekiranya:
❌ Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.
❌ Bankrap
❌ Memegang jawatan berkepentingan office of profit
❌ Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya.
❌ Telah didapati bersalah di mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM12,000 dan belum mendapat pengampunan.
❌ Telah memperoleh kewarganegaraan asing.
Pilihan raya umum dan kecil
Pilihan raya umum
- melibatkan semua kawasan parlimen dan DUN seluruh negara
- diadakan setelah parlimen / DUN cukup tempoh lima tahun atau pembubaran parlimen oleh YDA / raja
Pilihan raya kecil
- melibatkan kawasan parlimen dan DUN
- apabila – ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia
- kalau kosong dalam dua tahun terakir drpd tempoh lima tahun pilihan raya – pilihn raya tidak akan dilaksanakan dalam satu kawasan parlimen – biasanya ada 3 kawasan DUN
Kelayakan pemilih
- mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
- bermastautin dalam sesuatu kawasan pilihan raya
- mendaftarkan diri menjadi pemilih
Hilang kelayakan
-tidak sempurna akal pada tarikh pilihan raya
- menjalani hukuman penjara
- telah dikenakan hukuman mati / penjara lebih 12 bulan
Pengundi pos
- pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian
- anggota polis
- anggota tentera yang sedang bertugas
- anggota perkhidmatan awam yg bertugas di luar negeri semasa pilihan raya diadakan
- pelajar Malaysia yg sedang belajar di luar negara semasa pilihan raya diadakan
Kelayakan calon bertanding
- warganegara Malaysia
- berumur 21 tahun atau lebih
- tidak bankrap
- sempurna akal
- tidak pernah dipenjarakan lebih 1 tahun
- selepas 5 tahun tamat hukuman penjara ( kalau diampuni boleh bertanding )
- tak pernah didenda RM 2000 ke atas ( kalau diampuni boleh bertanding )
- tidak memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam
- bermastautin di negeri yg berkenaan jika bertanding untuk kerus kawasan DUN
Catatan ( PR 2004 )
- belanja untuk parlimen – tidak melebihi RM 200 000 , DUN – RM 100 000
- wang pertaruhan parlimen ( RM 10 000 ) DUN ( RM 5000 )
- calon yang kalah akan hilang wang pertaruhan jika bilangan undi yg diperolehinya kurang daripada 1/8 daripada jumlah yg diperolehi oleh calon yg menang dalam kawasan tersebut.
- Petisyen pilihan raya hanya boleh dikemukakan setelah keputusan pilihan raya diwartakan / didengar di mahkamah tinggi/ keputusan muktamat )
- Seseorang calon boleh menarik diri dalam masa 3 hari pertama selepas penamaan calon
- Kalau tiada calon lain bertanding di kawasan itu , penama tersebut akan diisytiharkan pemenang tanpa bertanding / pilihanraya tak akan diadakan
PROSES PILIHAN RAYA
1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA
2. PENDAFTARAN PEMILIH BARU
3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH
4. PEMBUBARAN PARLIMEN
5. PENETAPAN TARIKH PRU ( dalam tempoh 60/90 hari )
6. HARI PENAMAAN CALON
7. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 am-5 pm )
8. PENGIRAAN UNDI – ( pada malam hari mengundi )
9. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
10. PEMBENTUKAN KERAJAAN ( perlantikan PM / kabinet )
11. PERSIDANGAN PARLIMEN ( dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran parlimen )
PENGAJARAN / KESAN PILIHANRAYA
Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walaupun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding)Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka.Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih akan beransur hilang.Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.
KESIMPULAN DARIPADA KESELURUHAN BLOG
Sebagai kesimpulan,negara kita Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.Kuasa pemeritahan di negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat.
Selain itu, setiap negara khususnya yang terlibat dalam bidang professional perlu mengetahui tentang-tentang komponen utama sistem pentadbiran Negara. Mereka perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengn badan-badan kerajaan tersebut.
Malah,kesan yang amat bermakna bagi pembikinan tentang tajuk blog ini ialah, kami sendiri sebagai kerja berkumpulan dapat melihat kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
Selain itu, setiap negara khususnya yang terlibat dalam bidang professional perlu mengetahui tentang-tentang komponen utama sistem pentadbiran Negara. Mereka perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengn badan-badan kerajaan tersebut.
Malah,kesan yang amat bermakna bagi pembikinan tentang tajuk blog ini ialah, kami sendiri sebagai kerja berkumpulan dapat melihat kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
Rujukan
✳http://raudhatunhafizah.blogspot.my/2013/06/sistem-pemerintahan-negara-malaysia.html
✳ http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1995
✳ https://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi
✳Pengajian Malaysia Oxford Fajar Sdn. Bhd
✳ http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1995
✳Pengajian Malaysia Oxford Fajar Sdn. Bhd
Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
ReplyDeletedi dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523
Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182
ReplyDeleteDO YOU NEED FINANCES? ARE YOU LOOKING FOR FINANCES? ARE YOU LOOKING FOR FINANCING TO ENLARGE YOUR BUSINESS?via email:bullsindia187@gmail.com
ReplyDelete