AKTIVITI SOALAN PENGUKUHAN
6. Rajah berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya di Malaysia.
PILIHAN RAYA
|
· Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
· Calon
· Pengundi
|
(a) Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
(b) Beerikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
(c) Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.
(d) Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
(e) Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita ?
7. Pilihan raya
di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara sulit
dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
(a) Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
(b) Terangkan proses pilihan raya di Malaysia
(c) (i) Mengapakah pilihan raya
menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ?
(ii)
Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara
telus dan teratur ?
Jawapan
1.Suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. 2. Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri.
3. -Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
-Mengekalkan pucuk pimpinan -Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
-Meneruskan legasi negara Demokrasi Berpalimen
-Mengekalkan pucuk pimpinan -Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
-Meneruskan legasi negara Demokrasi Berpalimen
4. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia
5. -Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
-menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
-menjalankan pilihanraya umum dan pilihan raya kecil.
-mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan .
6 (a) Apakah tugas
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
-menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
-menjalankan pilihanraya umum dan pilihan raya kecil.
-mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan .
6
· Menentukan
sempadan pilihan raya
· Menjalankan
pendaftaran pemilih
· Mengendalikan
pilihan raya
· Menjamin
pilihan raya yang adil
· Menjamin
pilihan raya yang bebas
(b) Berikan dua
keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk
bertanding dalam pilihan raya.
· Bukan
warganegara Malaysia
· Berumur
kurang daripada 21 tahun
· Tidak
bermastautin di Malaysia
· Tidak
sempurna akal
· Muflis
· Masih
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
· Pernah
didenda lebih daripada RM 2 000.00
· Pernah
dipenjara lebih daripada 12 bulan
· Membuat akuan
taat setia kepada negara luar.
(c) Nyatakan syarat
yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan
raya.
· Namanya
terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
· Berumur 21
tahun.
· Bermastautin
atau tidak bermastautin di Malaysia
· Tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
· Boleh
mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
(d) Sebagai rakyat
Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan
pilihan raya dalam negara demokrasi.
· Melibatkan
rakyat dalam pemerintahan negara
· Mengekalkan
amalan demokrasi
· Memilih
kerajaan yang berwibawa
· Memilih wakil
rakyat yang berkebolehan
· Menjamin
pemerintahan yang adil
· Memastikan
pentadbiran berjalan lancar
· Mana-mana
jawapan munasabah
(e) Pada pandangan
anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang
telus di negara kita?
· Menggunakan
Senarai Daftar Pemilih yang terkini.
· Memberi
peluang sama rata kepada calon bertanding untuk berkempen
· Memberi ruang
kepada semua parti politik menggunakan media arus perdana.
· Mengadakan
debat antara calon yang bertanding.
· Mengelakkan
amalan politik wang dalam pilihan raya.
· Mana-mana
jawapan munasabah
7. (a) Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
· Menentukan sempadan pilihan raya
· Menjalankan pendaftaran pemilih
· Mengendalikan pilihan raya
· Menjamin pilihan raya yang adil
· Menjamin pilihan raya yang bebas
(b)
Terangkan proses pilihan raya di Malaysia
· Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.
· Penamaan calon yang bertanding
diadakan.
· Parti yang bertanding menyediakan
manifesto.
· Pihak yang bertanding melancarkan
kempen pilihan raya.
· SPR mengumumkan tempat pengundian dan
tempat pengiraan undi.
· Pemberian kertas undi kepada pengundi.
Diberikan kepada pengundi di
tempat pengundian.
Kertas undi mengandungi lambang parti
calon yang bakal dipilih oleh pengundi.
· Pembuangan undi.
Pengundi memangkah calon pilihannya
pada kertas undi.
Kertas undi dimasukkan ke dalam peti
undi.
· Pengiraan undi.
· Pengumuman keputusan pilihan raya
(c) (i)
Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang
mengamalkan sistem demokrasi ?
· Melibatkan rakyat dalam pemerintahan
Negara
· Mengekalkan amalan demokrasi
· Memilih kerajaan yang berwibawa
· Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
· Menjamin pemerintahan yang adil
· Memastikan pentadbiran berjalan lancer
· Mana-mana jawapan munasabah
(ii)
Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara
telus dan teratur ?
· Memelihara amalan demokrasi
· Memastikan kerajaan yang dipilih
adalah pilihan rakyat
· Memilih kerajaan yang berwibawa
· Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
· Menjamin keamanan negara
· Memastikan pilihan raya dijalankan
secara adil
· Menunjukkan kwibawaan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR)
· Mana-mana jawapan munasabah
No comments:
Post a Comment