Wednesday, 23 September 2015

Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA



DEMOKRASI BERPARLIMEN

MAKSUD DEMOKRASI:suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang- undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.
MAKSUD DEMOKRASI BERPARLMEN:pemerintahan yang dijalankan secara  perwakilan


Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan  demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dan sejarah awalnya

            Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan akan dikupas melalui beberapa aspek iaitu konsep demokrasi berparlimen, struktur Parlimen Malaysia, sistem demokrasi di Malaysia, ciri-ciri demokrasi berparlimen, perlembagaan, keluhuran perlembagaan, kepentingan perlembagaan, ketertinggian Perlembagaan Malaysia, pindaan perlembagaan, konsep Raja Berpelembagaan, kuasa perintahan, badan Perundangan (Legislatif), badan Pelaksana (Eksekutif), badan Kehakiman (Judisiari), pilihan raya, parti-parti ploitik di Malaysia, negara persekutuan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, lambang-lambang negara, jata negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.

             Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial

             Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. . Penemuan beberapa tapak arkeologi  Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini  termasuk  Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

              Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masihi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

              Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu  berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga  Brooke sebelumnya.

              Akibat penaklukan  Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.


            Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei.. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.



 Demokrasi berparlimen.

       Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
      Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

    Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

    Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4           Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

    Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

    Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

    Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

   Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

 
Struktur Parlimen Malaysia.
       Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
· Yang Di-Pertuan Agong
· Dewan Negara
· Dewan Rakyat
       Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.
      Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
       Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.
      Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

 Sistem Demokrasi di Malaysia.
      Pemerintahan Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.
     Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar.
       Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.
       Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.
 
 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
       Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
      Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
     Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
     Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
       Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

 Raja perlembagaan.
   Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
    Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
    Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.
     Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
    Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja

 
 
PENGAJARAN / KESAN
    Pengajaran yang diperoleh daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah kita hendaklah bersedia menerima perubahan yang positif demi memastikan kelancaran sistem pentadbiran negara kita.
    Kita juga perlu mematuhi undang-undang negara dan menghormati pemimpin agar kestabilan politik negara kita terpelihara. Selain itu, kita perlu bersikap inovatif dan kreatif dan perlu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum penting bagi menjamin keamanan negara kita sentiasa terpelihara. 
    Setiap masyarakat perlu bersikap toleransi dan bertanggungjwab memelihara kemakmuran negara.Sikap taat setia kepada pemerintah perlu disemai supaya kedaulatan negara kita dapat dipertahankan.

Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong(YDPA)
-Dipilih dalam kalangan 9 orang raja Melayu daripada 9 buah negeri Melayu secara bergilir-gilir.
-Pemilihan YDPA adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Tugas- tugas YDPA
➡ Tugas mengikut nasihat.
➡Tugas mengikut budi bicara
➡ Pemerintah tertinggi angkatan tentera
➡ Memperkenankan rang undang-undang
➡ Pengisytiharan darurat
➡ Kuasa pengampunan.

Majlis Raja- Raja Melayu

Majlis Raja - Raja

    Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
     Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

SEJARAH




Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Iskandariah ,

Bukit Chandan , Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).


Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor,Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.


Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.







FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil perancangan British pada tahun 1948 bagi menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar).
Kali pertama ia diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Fungsi Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:
* Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa- apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
* Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
* Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
* Dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

KEAHLIAN


Semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri. Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja
Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Semua Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri.

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.

Pengerusi Mesyuarat

Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir. Hanya Raja Melayu yang hakiki boleh mempengerusikan mesyuarat, yakni bukan seseorang Pemangku Raja ataupun seseorang Yang di-Pertua Negeri
..
Kekerapan Mesyuarat

Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga bilamana berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Penasihat
Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
Setiausaha Mesyuarat
Sebagaimana diperuntukkan oleh Jadual V Perkara 38 Perlembagaan Pegawai yang dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah Setiausaha kepada Majlis Raja-raja.
Tempat Mesyuarat
 Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara atau di tempat-tempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja juga pernah diadakan di luar Istana Negara.


Contoh semasa






Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail hadir semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213 sambil diiringi Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman di Istana Negara semalam.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke - 219








Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-219 diadakan pada 6 November 2009 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Tuanku Muhriz yang baru dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi pengerusi mesyuarat.

Antara yang turut hadir ialah :


1. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin
2. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
3. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
4. Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra
5. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad
6. Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah
7. Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.
8. Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku BaderulZaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
Agenda mesyuarat itu berhubung isu agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi dan industri kewangan Islam.

Pilihan Raya Dan Suruhanjaya Pilihan Raya

MAKSUD PILIHAN RAYA: satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri.

Sejarah Pilihan Raya Di Malaysia
💮Pilihan Raya Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955.
💮Antara parti yang terlibat ialah:-
Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC.
Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon.
Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang.
Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam ilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.


Tujuan dan fungsi pilihanraya


  • Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
  • Mengekalkan pucuk pimpinan
  • Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
  • Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
  • Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara

  • SURUHANJAYA  PILIHAN RAYA




    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ( Election Commission of Malaysia)
    - Ditubuhkan untuk memelihara , menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yg adil dan saksama
    ✅Ia bebas daripada kawalan politik
    ✅ Anggota SPR
    ➡ seorang pengerusi  dan 2 orang ahli.
    ➡Anggota dilantik oleh YDA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
    Syarat Kelayakan
    ➡Umur tak lebih 65 
    ➡Tidak muflis
    ➡Tidak pegang jawatan bergaji yang lain
    ➡Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
    ✅ Ahli boleh letakkan jawatan pada bila-bila masa ( tulis surat kepada YDA)
    ✅Ahli SPR boleh dipecat oleh YDA melalui penubuhan tribunal
     Kes khas pemecatan biasa
    ➡bankrap
    ➡bekerja yg mendapat gaji / menjadi ahli parlimen
    Saraan
    ➡ kumpulan wang yang disatukan.

    Tugas
     ☑Menjalankan pilihan raya – menentukan tarikh bagi DR dan DUN
     ☑Mendaftarkan pemilih baru
     ☑Menyemak daftar pemilih
     ☑Mendaftar dan memastikan calon yg bertanding memenuhi syarat yg ditetapkan
     ☑Melantik pegawai untuk menjalankan pilihanraya
     ☑Mengurus pengundian melalui pos
     ☑Menyampaikan keputusan pilihan raya kepada YDA/Raja
     ☑Mewartakan keputusan
     ☑Menerima rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihanraya
     ☑ Memastikan setiap calon yg bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan
     ☑ Mengkaji hak persempadanan kawasan pilihan raya sekali dalam 8-10 tahun.


    Sistem Pilihan Raya
    Tujuan  pilihanraya – menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah / satu ciri penting dalam sistem demokrasi
    ✔Sistem yang digunakan berasakan: 'First-Past.The-Post-System'
    ✔Calon-calon yang memperoleh majority akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

    Pendaftaran Pemilih
    💢 Perkara penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri. 
    💢 Seseorang itu layak untuk medaftar jika :
       ▶Seseorang warganegara Malaysia.
       ▶Berumur tidak < 21 tahun pada tarikh kelayakan.
       ▶Tidak hilang kelayakan.
       ▶Seseorang penduduk dimana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.

    Hilang Kelayakan Pemilih
    ❌ Pada tarikh kelayakan,ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.
    ❌ Sebelum tarikh kelayakan,telah didapati bersalah dan dihukum mati atau pejara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
    ❌ Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
    ❌ Telah memperoleh kerakyatan asing.

    Semakan Daftar Pemilih
    🌠 Dijalankan di sepanjang tahun.
    🌠 Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali dan pendaftaran tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.
    🌠 Nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

    Kelayakan Calon
    🌟Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negara ini.
    🌟Berumur tidk kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
    🌟Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
    Seseorang calon akan kehilangan kelayakan sekiranya:
     ❌ Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.
     ❌ Bankrap
     ❌ Memegang jawatan berkepentingan office of profit
     ❌ Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya.
     ❌ Telah didapati bersalah di mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM12,000 dan belum mendapat pengampunan.
     ❌ Telah memperoleh kewarganegaraan asing.



    Pilihan raya umum dan kecil

    Pilihan raya  umum
    - melibatkan semua kawasan parlimen dan DUN seluruh negara
    - diadakan setelah parlimen / DUN cukup tempoh lima tahun atau pembubaran parlimen oleh YDA / raja

    Pilihan raya kecil
    - melibatkan kawasan parlimen dan DUN
    - apabila – ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia
    - kalau kosong dalam dua tahun terakir drpd tempoh lima tahun pilihan raya – pilihn raya tidak akan dilaksanakan dalam satu kawasan parlimen – biasanya ada 3 kawasan DUN

    Kelayakan pemilih
    - mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
    - bermastautin dalam sesuatu kawasan pilihan raya
    - mendaftarkan diri menjadi pemilih

    Hilang kelayakan
    -tidak sempurna akal pada tarikh pilihan raya
    - menjalani hukuman penjara
    - telah dikenakan hukuman mati / penjara lebih 12 bulan

    Pengundi pos
    - pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian
    - anggota polis
    - anggota tentera yang sedang bertugas
    - anggota perkhidmatan awam yg bertugas di luar negeri semasa pilihan raya  diadakan
    - pelajar Malaysia yg sedang belajar di luar negara semasa pilihan raya diadakan




    Kelayakan calon bertanding
    - warganegara Malaysia
    - berumur 21 tahun atau lebih
    - tidak bankrap
    - sempurna akal
    - tidak pernah dipenjarakan lebih 1 tahun
    - selepas 5 tahun tamat hukuman penjara ( kalau diampuni boleh bertanding )
    - tak pernah didenda RM 2000 ke atas ( kalau diampuni boleh bertanding )
    - tidak memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam
    - bermastautin di negeri yg berkenaan jika bertanding untuk kerus kawasan DUN

    Catatan ( PR 2004 )
    - belanja untuk parlimen – tidak melebihi RM 200 000 , DUN – RM 100 000
    - wang pertaruhan parlimen ( RM 10 000 ) DUN ( RM 5000 )
    - calon yang kalah akan hilang wang pertaruhan jika bilangan undi yg diperolehinya kurang daripada 1/8 daripada jumlah yg diperolehi oleh calon yg menang dalam kawasan tersebut.
    - Petisyen pilihan raya hanya boleh dikemukakan setelah keputusan pilihan raya diwartakan / didengar di mahkamah tinggi/ keputusan muktamat )
    - Seseorang calon boleh menarik diri dalam masa 3 hari pertama selepas penamaan calon
    - Kalau tiada calon lain bertanding di kawasan itu , penama tersebut akan diisytiharkan pemenang tanpa bertanding / pilihanraya tak akan diadakan

    PROSES PILIHAN RAYA

    1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA
    2. PENDAFTARAN PEMILIH BARU
    3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH
    4. PEMBUBARAN PARLIMEN
    5. PENETAPAN TARIKH PRU ( dalam tempoh 60/90 hari )
    6. HARI PENAMAAN CALON
    7. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 am-5 pm )
    8. PENGIRAAN UNDI – ( pada malam hari mengundi )
    9. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
    10. PEMBENTUKAN KERAJAAN ( perlantikan PM / kabinet )
    11. PERSIDANGAN PARLIMEN ( dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran parlimen )







    PENGAJARAN / KESAN PILIHANRAYA

       Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walaupun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding)Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka.Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih  akan beransur hilang.Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri  tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.


    KESIMPULAN DARIPADA KESELURUHAN BLOG
         Sebagai kesimpulan,negara kita Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.Kuasa pemeritahan di negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat.
      
     Selain itu, setiap negara khususnya yang  terlibat dalam bidang professional perlu mengetahui tentang-tentang komponen utama sistem pentadbiran Negara. Mereka perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengn badan-badan kerajaan tersebut.
      
     Malah,kesan yang amat bermakna bagi pembikinan tentang tajuk blog ini ialah, kami sendiri sebagai kerja berkumpulan dapat  melihat kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. 

    Rujukan

    Aktiviti Soalan Pengukuhan

    AKTIVITI SOALAN PENGUKUHAN

     1. Berikan maksud Demokrasi Berparlimen?
     2. Pilihan Raya merupakan sesuatu yang diamalkan di Malaysia. Berikan makna Pilihan Raya tersebut?
    3. Berikan empat(4) fungsi pilihan raya yang diamalkan di negara kita?
    4. Apakah yang dimaksudkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya?
    5. Apakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

    6. Rajah berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya di Malaysia.
     


    PILIHAN RAYA
    ·   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
    ·   Calon
    ·   Pengundi


    (a) Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
                                                                                                                                                     

    (b) Beerikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya. 


    (c) Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.
                                                                                                                                                      
                                                                                                                                                      
    (d) Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
                                                                                                                                                       

    (e) Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita ?
                                                                                                                                                     
                                                                                                                                                    

    7. Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

    (a)     Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
                                                                                                                                                   

    (b)     Terangkan proses pilihan raya di Malaysia
                                                                                                                                                   

     (c) (i)   Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ?
                                                                                                                                                   

          (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara telus dan teratur ?

                                                                                                                                                 



    Jawapan
    1.Suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. 2. Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri.

    3. -Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
        -Mengekalkan pucuk pimpinan    -Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
        -Meneruskan legasi negara Demokrasi Berpalimen
    4. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia

    5. -Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
       
    -menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
        
    -menjalankan pilihanraya umum dan pilihan raya kecil.
       
    -mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan .

     (a)     Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ·         Menentukan sempadan pilihan raya
    ·         Menjalankan pendaftaran pemilih
    ·         Mengendalikan pilihan raya
    ·         Menjamin pilihan raya yang adil
    ·         Menjamin pilihan raya yang bebas
                                        

    (b)     Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

    ·         Bukan warganegara Malaysia
    ·         Berumur kurang daripada 21 tahun
    ·         Tidak bermastautin di Malaysia
    ·         Tidak sempurna akal
    ·         Muflis
    ·         Masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
    ·         Pernah didenda lebih daripada RM 2 000.00
    ·         Pernah dipenjara lebih daripada 12 bulan
    ·         Membuat akuan taat setia kepada negara luar.


    (c)     Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.

    ·         Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
    ·         Berumur 21 tahun.
    ·         Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
    ·         Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
    ·         Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.


    (d)     Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.

    ·         Melibatkan rakyat dalam pemerintahan negara
    ·         Mengekalkan amalan demokrasi
    ·         Memilih kerajaan yang berwibawa
    ·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
    ·         Menjamin pemerintahan yang adil
    ·         Memastikan pentadbiran berjalan lancar
    ·         Mana-mana jawapan munasabah


    (e)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita?

    ·         Menggunakan Senarai Daftar Pemilih yang terkini.
    ·         Memberi peluang sama rata kepada calon bertanding untuk berkempen
    ·         Memberi ruang kepada semua parti politik menggunakan media arus perdana.
    ·         Mengadakan debat antara calon yang bertanding.
    ·         Mengelakkan amalan politik wang dalam pilihan raya.
    ·         Mana-mana jawapan munasabah

    7. (a)     Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ·         Menentukan sempadan pilihan raya
    ·         Menjalankan pendaftaran pemilih
    ·         Mengendalikan pilihan raya
    ·         Menjamin pilihan raya yang adil
    ·         Menjamin pilihan raya yang bebas

     (b)    Terangkan proses pilihan raya di Malaysia

    ·         Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.
    ·         Penamaan calon yang bertanding diadakan.
    ·         Parti yang bertanding menyediakan manifesto.
    ·         Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
    ·         SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
    ·         Pemberian kertas undi kepada pengundi.
              Diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.
              Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih oleh pengundi.
    ·         Pembuangan undi.
              Pengundi memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
              Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi.
    ·         Pengiraan undi.
    ·         Pengumuman keputusan pilihan raya



    (c)   (i)   Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ?
                  
    ·         Melibatkan rakyat dalam pemerintahan Negara
    ·         Mengekalkan amalan demokrasi
    ·         Memilih kerajaan yang berwibawa
    ·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
    ·         Menjamin pemerintahan yang adil
    ·         Memastikan pentadbiran berjalan lancer
    ·         Mana-mana jawapan munasabah


           (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara telus dan teratur ?

    ·         Memelihara amalan demokrasi
    ·         Memastikan kerajaan yang dipilih adalah pilihan rakyat
    ·         Memilih kerajaan yang berwibawa
    ·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
    ·         Menjamin keamanan negara
    ·         Memastikan pilihan raya dijalankan secara adil
    ·         Menunjukkan kwibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
    ·         Mana-mana jawapan munasabah